Thursday, 16 June 2011

Domo Kun (Part 1)

Posted by Suehaila Slm at 22:38
 Domo Kun


Domo Kun makhluk aneh yang menetas dari telur yang telah jatuh ke dalam sebuah gua di mana Usaji tinggal. Domo-kun, asalnya dicipta pada tahun 1998 sebagai maskot untuk mempromosi perkhidmatan siaran satelit NHK itu, telah menikmati populariti di seluruh dunia.

Domo mempunyai sifat fizikal dengan susuk tubuh yang berkusyen dan tersenyum nganga, lesu, santai dan hanya berkata "Domo".

 Domo Kun
 
Nama "Domo" diperoleh ketika episod kedua rancangannya apabila seorang juruhebah TV berkata, "doumo, konnichiwa" (どうも、こんにちは), yang lebih kurang bermaksud, "Apa khabar di sana?", atau "Apa khabar, Domo?". Akhiran kun pada "Domo-kun" ialah gelaran mesra yang sering dipakai apabila menyapa lelaki yang lebih muda. Makanan kegemaran Domo-kun ialah gulai daging dan ubi kentang, manakala dia paling benci epal, gara-gara satu misteri yang belum terjawab dalam DNA-nya. Domo-kun juga selalu kembung apabila gementar atau marah. 

 Domo with friends
Shinobu, Morio
Usaji, Domo Kun, Ta-Chan

 Usaji
 
Domo tinggal dalam sebuah liang bawah tanah bawah tanah bersama Usaji
(うさじい Usajii), seekor arnab tua bijaksana yang gemar menonton televisyen dan minum teh hijau. Nama Usaji adalah kata lakur perkataan usagi (ウサギ), (arnab), dan jii-chan (じいちゃん) (atuk). Usaji tidak gemar bahan-bahan "baharu" dan juga tidak ada telefon. Dari segi fesyen, Usaji lebih mementingkan bahan berbanding bentuk. Makanan kegemaran Usaji ialah lobak, manakala dia paling tidak gemar makan "benda-benda yang tidak bererti dan menjalani kehidupan yang terpencil.

Mario and Shinobu

Dalam liang itu juga didiami dua ekor kelawar, iaitu si ibu bernama Shinobu (しのぶ) dan anaknya Morio (もりお).

Ta-chan

Satu lagi watak utama dalam siri cerita ringkas ini ialah Tā-chan (たーちゃん). Tā-chan yang berusia 17 tahun ini hendak menjadi jurugaya atau peragawati di Tokyo dan selalu menggunakan teknologi (TV, telefon bimbit, dan kamera). Makanan kegemarannya ialah aprikot dan tart pudina, manakala landak laut paling dijauhi seleranya. Nama Tā-chan berasal dari perkataan "berbilang saluran" (多チャンネル tachanneru) dalam penyiaran digital.

A little bear (Kuma no ko)

Kuma No Ko a
dalah salah satu daripada rakan-rakan Domo dari kejiranan. 

Domo Kun Part 1 Bye2

 

0 comments:

Post a Comment

 

shinka _shink0 Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device