Baru-baru ini sya telah menjalani latihan Bowling Padang di Alor Star bagi mewakili UUM dalam perlawanan MASUM 2011. Tempat latihan itu bersebelahan dengan Rumah Warisan iaitu Rumah Tok Su. Sepanjang seminggu latihan disana sempat juga saya berkunjung ke Rumah Tok Su, sya dan kawan sya, Cik Hana diberi keizinan untuk berehat dan solat dirumah itu. Rumah ini sangat menarik perhatian sya kerana keindahannya, suasananya yang damai, dan keunikan ukiran rumah itu sendiri. Disamping itu juga, berhampiran dengan Rumah Tok Su ini terdapat sebuah lagi rumah warisan iaitu Rumah Seri Banai, namun kami tidak berkesempatan untuk kesana kerana kesuntukan masa dan jadual latihan yang padat.
Disini ada serba sedikit sejarah mengenai Rumah Tok Su~
Rumah Tok Su, dibawa dari Kampung Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Baharu, Kulim, Kedah lebih kurang 2000 kilometer dari Alor Star. Rumah ini berkeluasan 1700 kaki persegi serta mempunyai 34 batang tiang. Terdapat enam ruang utama iaitu Beranda, Rumah Ibu Berbumbung Limas Potongan Belanda dan Beranjung, Ruang Tengah, Selang, Dapur dan Pelantar.
Rumah Tok Su ini telah didirikan semula di Alor Star yang memakan masa kira-kira 4 bulan. Tarikh pembinaan asal iaitu pada 1896, dalam proses dirikan semula, pada atas tiang seri dijumpai duit syiling ‘Straits Settlements’ tahun 1896 sebagai tanda tarikh pembinaannya. Ia merupakan tradisi orang melayu dahulu bagi mengingati tarikh ianya dibina.
Rumah ini pernah didiami oleh Ketua Kampung yang bernama Encik Noor. Rumah yang berusia dari 103 tahun ini asalnya milik Taun Haji Mahmud, seorang kaya dan mempunyai banyak harta di kampong tersebut. Tuan Haji Mahmud adalah bapa kepada Encik Noor dan Tok Su anak bungsu beliau.
Selepas Jepun menyerah kalah dalam perang dunia kedua sebelum ketibaan pihak British, pihak komunis telah mengambil kesempatan menyeksa penduduk kampung. Penduduk kampong kemudiannya bermesyuarat dan bermuafakat untuk menubuhkan “barisan pemuda” mesyuarat. Tersebut diadakan di Rumah Tok Su.
Sedikit info mengenai Rumah Tok Su~
Dibuka pukul 9.00 pagi dan ditutup pada jam 5.00 petang setiap hari.
Gambar2 yg sempat saya ambik ketika berada disana~
0 comments:
Post a Comment